fbpx

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im.

PETALING JAYA – Dua lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 13 kematian bagi musim haji 1446H/2025M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jemaah haji berkenaan adalah Allahyarham Ghazali Ab Rahman, 74, dan Allahyarham Hasmi Mohd Bojeng, 78, masing-masing dari Selising, Kelantan serta Sibu, Sarawak.

Katanya, kedua-duanya jemaah meninggal dunia di Rehab Al-Janadriyah juga akibat serangan jantung antara pukul 4 hingga 5.21 pagi tadi.

“Kedua-dua kematian disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji (TH), iaitu Dr. Syafiq Haziq Mahadi dan Dr Wan Mohd Hafizullah Wan Mansor,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada waris serta keluarga kedua-dua jemaah haji yang meninggal dunia.

“Doa kita agar kedua-dua Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan dikurniakan ganjaran haji mabrur oleh ALLAH SWT.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas haji yang terus komited dalam menjaga kebajikan jemaah dan menyampaikan rasa simpati yang tidak terhingga kepada semua waris baik yang berada di Tanah Suci mahupun di tanah air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI