fbpx

Aset RM8 juta disita, empat direman seleweng dana NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua suspek yang dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

SHAH ALAM – Sembilan lot tanah di tiga buah negeri dan barang kemas antara aset bernilai RM8 juta yang disita susulan penahanan empat individu disyaki menyeleweng dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penahanan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dibuat secara berasingan bermula pukul 4 petang semalam selepas mereka hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Menurut sumber, tiga daripada suspek yang ditahan merupakan Ahli Jawatankuasa NGO berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bersubahat bersama pengerusi NGO dengan menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bagi kepentingan peribadi.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2015 hingga 2025. Susulan penahanan itu, aset bernilai RM8 juta disita,” katanya hari ini.

Sumber berkata, aset tersebut meliputi wang tunai RM900,000, barang kemas dan empat buah rumah di Melaka.

Turut disita sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

“Pembekuan 14 akaun terdiri daripada lapan akaun individu dan enam akaun syarikat berjumlah kira-kira RM5 juta turut dilakukan,” katanya.

Keempat-empat suspek termasuk dua wanita itu direman selama tujuh hari sehingga 18 Jun ini selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Melaka pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Tuan Hairuzam Mohmad Amin@Hamim memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI