fbpx

Air India terhempas bawa 169 warga tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan kecemasan tiba di lokasi nahas di bandar Ahmedabad hari ini. - The Hindu

NEW DELHI – Sebuah penerbangan Air India yang dalam perjalanan ke London terhempas berhampiran lapangan terbang Ahmedabad petang ini,  sejurus selepas berlepas, lapor saluran berita CNBC.

Pesawat Boeing 787 itu membawa 232 penumpang dan 10 anak kapal.

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 1.17 tengah hari (waktu tempatan) dengan kepulan asap hitam tebal kelihatan dari kawasan Dharpur berhampiran bandar Meghaninagar. Anggota bomba dan pasukan tindak balas kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Menurut Direktorat Besar  Penerbangan Awam (DGCA), pesawat itu mengeluarkan panggilan kecemasan MAYDAY sejurus selepas berlepas sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara. 

Ia kemudian terhempas di luar perimeter lapangan terbang. Punca nahas masih belum dapat dipastikan secara rasmi.

Beberapa laporan menyebut pesawat itu membawa seramai 169 rakyat tempatan dan bakinya warga asing semasa kejadian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI