fbpx

3 rakyat Malaysia ditahan seludup 100 bungkusan ganja dari Laos ke Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga rakyat Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup 86 kilogram dadah ke Jerman. - Kementerian Kewangan 

VIENTIANE – Tiga rakyat Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup lebih 100 bungkusan dadah di dalam bagasi mereka di sebuah lapangan terbang di Laos, lapor laman berita Laotian Times. 

Ketiga-tiga suspek diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay ketika cuba menaiki sebuah penerbangan menuju ke Jerman, 27 Mei lalu. 

Tangkapan itu dibuat selepas pegawai kastam menemui 103 bungkusan berisi ganja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 86 kilogram. 

Operasi itu melibatkan pegawai kastam, pengawal keselamatan lapangan terbang dan agensi berkaitan yang lain. Tiga rakyat Malaysia itu menimbulkan kecurigaan ketika menjalani prosedur pemeriksaan rutin.

Tiga suspek itu dilaporkan bersiap sedia untuk menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman, lokasi penghantaran narkotik tersebut.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa ketiga-tiga suspek kini ditahan dan akan didakwa berdasarkan prosedur undang-undang Laos, manakala siasatan kes itu diteruskan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI