fbpx

[VIDEO] Tiba-tiba ada ‘line’ jalan di lokasi pelajar UPSI maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang menunjukkan garisan jalan berkembar baru dibuat di kawasan FT004.

PETALING JAYA – Lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak dikenali kawasan FT004 hari ini dikatakan sudah mempunyai garisan berkembar.

Menerusi perkongsian video oleh orang awam di Instagram, garisan berkembar baharu itu dibuat di kawasan kamalangan yang berlaku awal pagi Isnin lalu.

“Betul jalan ni turun bukit, kawasan kemalangan ini curam. Tiba-tiba ada line (garisan) jalan baru,” kata pemilik video itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Perak ke Kelantan.

Kelmarin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan lokasi nahas yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI itu merupakan antara kawasan yang dikenal pasti bagi kerja-kerja baik pulih pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Beliau dilaporkan berkata, pebagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi membaik pulih laluan Gerik-Jeli terutamanya di FT04.

“Pada Jun 2023, saya meluluskan peruntukan RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan di FT04, manakala pada Ogos, Perdana Menteri memberi peruntukan tambahan RM30 juta lagi untuk menaik taraf laluan Gerik-Jeli.

“Peruntukan ini digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di beberapa seksyen kritikal FT04,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI