fbpx

[VIDEO] Lori pasir lupa turunkan bucket ‘sauk’ tiga tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah lori pasir yang melanggar kabel elektrik sehingga menyebabkan tiga tiang lampu tumbang di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, Iskandar Puteri, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Sebuah lori pasir yang dipandu tanpa menurunkan bahagian belakang (bucket) sehingga melanggar kabel elektrik di Jalan Johor Bahru–Gelang Patah–Pendas berhampiran sebuah sekolah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang itu, pemandu lori berkenaan dipercayai tidak menyedari bahagian bucket itu masih tidak diturunkan menyebabkan tiang lampu konkrit tumbang ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pemandu lori berusia 69 tahun itu tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Lori tersebut baru selesai menurunkan muatan tanah di sekitar Gelang Patah dan pemandunya tidak menyedari bucket di belakang masih terangkat.

“Semasa melalui kawasan berhampiran sekolah berkenaan, bucket lori tersangkut pada kabel elektrik hingga menyebabkan tiga tiang lampu tumbang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, insiden itu turut dirakam dan tular di media sosial, memaparkan detik lori berkenaan melanggar kabel sebelum tiang tumbang ke atas jalan.

Katanya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing juga  negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI