fbpx
Lelaki itu meninggalkan surat cinta dan menyimbah urin ke pintu rumah. - Min Daily News

Tolak cinta jiran, pintu rumah kena simbah air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dirakam menyimbah air kencing ke pintu rumah seorang wanita selepas berang cintanya ditolak beberapa kali, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian berlaku di Blok 327B, Sumang Walk dekat kejiranan Punggol pada 28 Mac lalu. 

Mangsa berusia 46 tahun berkata, lelaki terbabit berpindah ke apartmen yang didudukinya sekitar lima tahun lepas. 

“Kami sering terserempak di dalam lif. Lelaki itu akan cuba berbual dengan saya tetapi saya mengabaikannya. 

“Tidak lama kemudian, saya menyedari dia berulang kali mengintip melalui pintu depan dan meninggalkan surat cinta di hadapan rumah,” katanya. 

Situasi bertambah tegang apabila mangsa terhidu bau urin yang kuat ketika dia berehat di dalam rumah. 

Dia kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati lelaki itu membawa cawan plastik lalu menyimbah cecair berwarna kuning ke pintu rumahnya sebelum melarikan diri. 

“Saya kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kapas di celah bawah pintu untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI