fbpx
Mohd. Yusoff (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang akan dilupuskan pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

Rampasan dadah RM11.3 juta di Kelantan dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM11.3 juta yang dirampas dalam pelbagai operasi sejak 1997 sehingga tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, dadah jenis syabu menjadi bahan terlarang yang paling banyak dilupuskan dengan melibatkan nilai RM9.6 juta.

Menurutnya, proses melupuskan barangan kes selama 27 tahun itu akan dilakukan di Bukit Pelanduk, Port Dickson dekat Negeri Sembilan.

“Ubat batuk, pil kuda, pil psikotropik, ganja, air ketum, heroin, pil epam, daun ketum, etizalam dan ketamin antara bahan terlarang yang akan dilupuskan.

“Semua ini dilakukan selepas melalui proses mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Yusoff memberitahu, sebanyak 10.3 juta dadah telah berjaya dirampas sepanjang tempoh lima bulan pada tahun ini.

Katanya, selain itu pelbagai aset milik pengedar dadah telah dirampas dan disita yang dianggarkan berjumlah RM1.3 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI