fbpx

Piala Dunia Kelab: River Plate antara calon juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASTANTUONO (tengah) bakal membuat penampilan terakhir buat River Plate sebelum menyertai Real Madrid pada Ogos depan. - AFP

SEBUT sahaja nama River Plate, sudah pasti terbayang sebuah pasukan bola sepak yang dianggap antara kelab paling digeruni di Amerika Selatan selain mampu mencabar pasukan-pasukan ternama Eropah.

Di bawah bimbingan Marcelo Gallardo, pasukan Los Millonarios itu memiliki corak permainan penuh taktikal dan menarik, sekali gus mampu memberi ancaman kepada pasukan-pasukan Kumpulan E Piala Dunia Kelab (CWC) 2025.

Meskipun akan berdepan finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, Inter Milan serta dua lagi pasukan, Urawa Red Diamonds dan Monterrey, namun River Plate dijangka tiada masalah besar untuk ke pusingan kalah mati.

Pemain berpengalaman River Plate, Enzo Perez menganggap kejohanan CWC sebagai satu medan untuk dia dan rakan sepasukan menguji kemampuan pasukan menentang kelab-kelab terbaik dari seluruh dunia.

“Dapat beraksi di Piala Dunia Kelab sudah boleh dianggap sebagai satu pencapaian terbesar untuk kami. Ini adalah kali pertama 32 pasukan mengambil bahagian bagi merebut trofi tersebut.

“Dengan prestasi kami sekarang selain turun dengan status sebagai salah sebuah pasukan besar, River Plate akan cuba mara sejauh mungkin pada kejohanan ini. Bagaimanapun, kami sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Ramai menganggap pasukan-pasukan dari Amerika Selatan memiliki rentak permainan perlahan, namun ia berbeza dengan River Plate yang dilihat ada kemampuan untuk menerapkan tempo pantas selain bijak mencipta peluang.

River Plate dijangka tidak berdepan masalah besar untuk memulakan kempen CWC nanti dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan berdepan Urawa Reds bagi pertemuan pertama saingan Kumpulan E.

Pada masa sama, Perez berharap dapat membantu pasukan dari Argentina itu melangkah jauh memandangkan pada usia 39 tahun, CWC kali ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya bersama River Plate.

Bintang berbakat berusia 17 tahun, Franco Mastantuono pastinya menjadi tumpuan lensa kamera dan mahu menampilkan persembahan terbaiknya sebelum menyertai Real Madrid sebaik tamat kempen CWC kali ini.

INFO

KUMPULAN E

RIVER PLATE (ARGENTINA)

Nama gelaran: Los Millonarios

Jurulatih: Marcelo Gallardo

Kapten: Franco Armani

Pemain tumpuan: Franco Mastantuono

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI