fbpx
Saarani (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta pada Majlis Perasmian Hari Eksport Perak 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Perak kemuka cadangan tambah baik laluan JRTB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan keperluan menambah baik laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli termasuk mempertimbangkan pembinaan jajaran baru.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sudah tiba masa untuk kajian dilakukan bagi keseluruhan laluan tersebut berikutan tempoh konsesi bagi jalan raya berkenaan telah tamat sejak 40 tahun lalu.

“Harus diingat jalan raya itu dibina pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, jadi sudah tentu semasa ia dibuat keadaannya berbeza, tiada konkrit dan sebagainya. Pembinaan jalan raya itu juga bertujuan mengekang kemasukan komunis.

“Sudah tiba masa untuk dilihat semula kerana sebahagian jalan memang sudah nampak dasar, nampak tanah dan ia tidak boleh ditampal,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Hari Eksport Perak 2025 di Hotel Casuarina di sini hari ini.

Saarani memberitahu, antara perkara lain yang dibangkitkan dalam mesyuarat exco itu adalah keperluan Hospital Gerik dinaik taraf berikutan kekerapan kemalangan yang berlaku di daerah itu.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan pusat boleh mempertimbangkan untuk menyediakan balai polis atau bomba bergerak di laluan tersebut dalam usaha mempercepatkan proses menyelamat jika sesuatu kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI