fbpx

Didakwa simpan pistol, 47 peluru dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohd. Zamri (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 47 butir peluru tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

PASIR MAS – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 47 butir peluru hidup tanpa permit dan lesen sah di sebuah rumah di Jalan Meranti di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Zamri Mustafa, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Lelaki itu didakwa memiliki pistol jenis Glock 19 tanpa lesen sah di lokasi kejadian pada pukul 8.30 malam, 29 Mei lalu. Oleh itu dia dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan maksimum sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd. Zamri turut didakwa memiliki 47 butir peluru hidup antaranya 20 butir A USA 9mm Luger, masing-masing sebutir FC 9mm Luger, PMC 9mm Luger dan S3 9mm Luger selain dua butir AP 14 9mm Luger di lokasi sama.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan sebutan semula kes ditetapkan 14 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI