fbpx
SEORANG pelancong menangis sambil berbaring di lapangan terbang. - Foto Tangkap Layar/Metro.co.uk

Pelancong ‘tantrum’ di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Seorang pelancong wanita menangis teresak-esak dan berguling di atas lantai lapangan terbang selepas dia dihalang daripada menaiki penerbangan di Itali, lapor laman berita Metro.co.uk semalam.

Pekerja-pekerja Lapangan Terbang Malpensa Milan tidak membenarkan penumpang itu menaiki pesawat kerana berat bagasi tangannya melebihi had maksimum pada Ahad lalu.

Dia diarahkan untuk membuat bayaran tambahan atau membuang beberapa barang di dalam bagasi jika mahu membawa beg itu ke dalam kabin.

Rakaman video memaparkan wanita separuh umur itu menangis teresak-esak sambil kedua-dua tangannya diangkat ke udara seperti kanak-kanak.

Pihak berkuasa bergelut untuk menangani situasi tersebut dan dia tidak dibenarkan menaiki penerbangan.

Pelancong itu menempah semula tiket baharu untuk hari berikutnya setelah dia berada dalam keadaan tenang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI