BANGKOK – Malaysia mengatasi China dalam menjadi sumber utama kemasukan pelancong asing ke Thailand pada tahun ini, demikian menurut data kerajaan seperti laporan laman berita Thaiger.
Lebih dua juta pelawat Malaysia mengunjungi Thailand dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Ia berlaku ketika Thailand mengalami sektor pelancongan yang berkembang pesat, dengan lebih 15 juta pelancong asing mengunjungi negara itu antara 1 Januari hingga 8 Jun lalu.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong berkata, Malaysia kini mendahului senarai pelawat asing, dengan 2.04 juta ketibaan.
Ia diikuti dengan pelancong China sebanyak 2.02 juta, India (1.03 juta), Russia (981,011) dan Korea Selatan (702,267).
Secara kolektif, pelancong-pelancong itu telah menyumbang sebanyak 699 juta baht (RM90 juta) kepada ekonomi Thailand. – AGENSI