fbpx
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik dekat Tasik Banding, Gerik baru-baru ini.

Nahas UPSI: Penghadang jalan dipasang ikut standard antarabangsa – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, penghadang jalan yang dipasang di lokasi kemalangan bas di kawasan Tasik Banding, Gerik, Perak mengikut standard piawaian keselamatan antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jika tiada penghadang dipasang di kawasan tersebut, impak ke atas sesuatu kemalangan akan menjadi lebih buruk.

“Penghadang jalan itu mengikut standard antarabangsa. Itu yang Malaysia setuju gunakan penghadang besi seperti itu.

“Kalau tiada penghadang itu, kemalangan tu akan lebih bahaya. Kalau berlaku kereta yang hilang kawalan kalau dia terbabas, tiada penghadang, mungkin ia boleh jatuh ke gaung, lagi teruk,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini.

Katanya, orang ramai tidak boleh melihat penghadang jalan itu sebagai sesuatu yang tidak baik kerana telah terbukti penggunaannya di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI