fbpx

Nahas UPSI: ‘Pemandu bas ada keluarga, pasti tidak berniat pandu laju’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halim menganggap kemalangan tragis yang menimpa anaknya, Muhammad Adib merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

BACHOK – Bapa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas meragut 15 nyawa di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JR­TB) di Gerik, Perak awal pagi kelmarin memaafkan pemandu bas tersebut.

Halim Sidik, 58, berkata, dia menganggap kemalangan tragis yang menimpa anaknya, Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah dan tidak menyimpan dendam terhadap pemandu terbabit.

“Pemandu bas itu ada keluarga dan pastinya dia tidak berniat untuk memandu dalam keadaan laju meskipun banyak cerita yang diperkatakan tentang cara pemanduannya sebelum nahas.

“Biar dia memohon keampunan daripada Allah SWT. Saya reda dengan apa yang berlaku. Allah SWT lebih menyayangi Muhammad Adib Hazim,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Cina di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan pemandu bas yang terbabit nahas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik kelmarin menjelaskan dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan itu gagal berfungsi.

Lelaki berusia 39 tahun itu memaklumkan dia bukannya marah dengan situasi yang berlaku sebaliknya bertindak demikian kerana mahu menyedarkan penumpang yang sedang nyenyak tidur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI