fbpx

Malaysia negara pertama tawar akreditasi TVET ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada program ASEAN TVET Council 4th Regional Policy Dialogue "TVET For Rural and Regional Advancement". Gambar ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Malaysia menjadi negara pertama menyelaraskan pengakreditasian industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan kepada seluruh negara ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, ia dipersetujui pada mesyuarat menteri-menteri dan pegawai kanan negara anggota yang mahu Malaysia mengkoordinasi akreditasi itu serta diterima pakai oleh ASEAN.

“Apa yang kami tawarkan adalah lebih daripada dasar, ia adalah model yang terbukti dan dibina berdasarkan penyampaian sebenar, amalan inklusif.

“Malaysia bersedia untuk berkongsi, menyokong dan skala model ini untuk kepentingan ASEAN secara keseluruhan, apa yang lebih penting adalah untuk meningkatkan TVET sebagai ekosistem serantau ASEAN sebagai misi kolektif ke hadapan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Dialog Dasar Serantau ATC Keempat di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI