fbpx

Lelaki ditanduk bison di taman negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah bison di Taman Negara Yellowstone. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Seorang lelaki ditanduk seekor bison di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat semalam, selepas berada terlalu terlalu dekat dengan haiwan itu, lapor laman berita CBS News.

Menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS), insiden berlaku sekitar pukul 9.45 pagi (waktu tempatan) di Upper Geyser Basin di Old Faithful.

Lelaki dari Randolph, New Jersey itu ditanduk haiwan berkenaan selepas sekumpulan besar pelawat menghampirinya terlalu dekat. 

Lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat  oleh kakitangan kecemasan. 

Kejadian tersebut sedang disiasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI