fbpx

Lelaki berkelakuan aneh di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berdiri di belakang sebuah kereta. - Foto The Phuket News

BANGKOK – Seorang lelaki menjadi perhatian pengguna media sosial kerana tingkah lakunya yang aneh di persimpangan lampu isyarat di Phuket, Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Satu rakaman video dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama Pond menunjukkan lelaki itu berdiri di persimpangan lampu merah di Jalan Wichit Songkhram, daerah Kathu.

Dia dilihat berpura-pura memandu di belakang sebuah kereta berwarna kelabu.

“Saya melihat lelaki ini sepanjang masa di simpang (lampu isyarat).”

“Kadang-kadang dia bercakap sendiri, kadang-kadang dia mengikut kereta seperti ini. Sekurang-kurangnya dia mematuhi peraturan jalan raya,” kata keterangan hantaran di platform TikTok.

Dalam video sama, apabila lampu bertukar hijau, kereta tersebut bergerak ke arah Universiti Prince of Songkla.

Lelaki berkenaan mula berlari mengejar kenderaan tersebut sebelum berhenti di pintu masuk pusat pengajian tinggi itu.

Setakat ini, tidak dinyatakan identiti lelaki tersebut atau punca dia bertindak demikian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI