fbpx
Kemalangan di antara trak FRU dan sebuah lori muatan batu mengorbankan sembilan anggota FRU.

Laporan awal nahas FRU diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laporan awal mengenai kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak bulan lalu akan dikeluarkan esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, orang ramai boleh melihat laporan awal menerusi laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Hasil laporan awal insiden tersebut sudah dibentangkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi, laporan itu akan dipaparkan secara terbuka esok.

“Kita akan muat naikkan laporan itu dalam laman sesawang MOT. Laporan terbabit adalah peringkat awal, ia belum ada laporan penuh. Dari segi laporan itu, kita ada laporan teknikal daripada beberapa agensi termasuk Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tujuan laporan ini sebagai rujukan umum untuk memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui fakta-fakta berkenaan kes itu serta penyelidik, khususnya pakar keselamatan jalan raya untuk melihat fakta dan membuat kajian penyelidikan,” katanya dalam sidang akhbar di Angkasapuri hari ini.

Terdahulu, pada 13 Mei lalu, sebuah kemalangan tragis berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, melibatkan trak yang dinaiki anggota FRU dan sebuah lori muatan batu.

Kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 8.50 pagi dan mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan serius. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN