fbpx
Anuar (kiri) dan Zaharudin (kanan) melawat tempat memproses ikan kering dalam kubah pengering solar tersebut.

Kubah pengering solar bantu tingkat pendapatan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Sebuah kubah pengering solar pertama di Selangor dibangunkan dalam meningkatkan pengeluaran ikan kering dan pendapatan nelayan khususnya di Sungai Yu, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar berkata, projek berjumlah RM140,681 berkenaan sekali gus mampu memperkasakan ekonomi komuniti nelayan.

Katanya, inisiatif bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dilaksanakan dalam satu kerjasama strategik melalui Wakaf Selangor Muamalat (WSM).

“Ia diharap dapat memberi manfaat kepada lebih 300 nelayan dengan menambah pendapatan dalam penghasilan pelbagai jenis ikan kering atau ikan masin.

“Kubah pengering itu adalah daripada dana wakaf orang ramai bertujuan membantu meningkatkan pendapatan komuniti nelayan di sini,” katanya selepas merasmikan kubah pengering solar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, Zaharudin Alias,

Beliau memberitahu, fasiliti tersebut dapat memproses ikan kering lebih cepat dalam tempoh tiga hingga empat jam bagi ikan bersaiz kecil.

Ujarnya, ini berbeza dengan sebelum ini memerlukan masa sehingga lima hari.

“Kubah pengering ini juga boleh digunakan bagi mengeringkan sayur-sayuran seperti cili. Kebanyakan cili kering diimport dari luar, jadinya saya harap fasiliti ini dapat dijaga seeloknya dan dimanfaatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI