fbpx
Tangkap layar menunjukkan wanita itu dinikahkan dengan jenazah lelaki. - Detik 

Kecoh wanita kahwin dengan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Dompu, wilayah Nusa Tenggara Barat mengundang perhatian orang ramai apabila pengantin perempuan didakwa dinikahkan dengan jenazah, lapor portal berita Detik News semalam. 

Kejadian berlaku di Dusun Nangadoro dalam daerah Hu’u baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook menunjukkan wanita itu duduk di sebelah jenazah iaitu calon suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan. 

Pernikahan itu diwalikan oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga jenazah terbabit. 

Bagaimanapun, video itu telah dipadam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Dompu, AKP Zuharis berkata, pasangan itu merancang untuk berkahwin pada pertengahan bulan ini tetapi tidak dapat dilaksanakan selepas calon suami terlibat dalam kemalangan. 

“Kejadian itu terjadi minggu lepas. Kami sedang giat menjalankan siasatan,” kata Zuharis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN