fbpx

Imigresen terjun parit, mandi lumpur tangkap PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan JIM dalam serbuan di sekitar Puchong, hari ini.

PUCHONG – Sanggup terjun parit dan bermandi lumpur bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen (JIM).

Itu antara cubaan segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di sekitar Taman Perindustrian Puchong Utama, Kampung Sri Aman Tengah dan Kampung Sri Langkas, di sini, hari ini.

Wartawan Kosmo! yang menyertai operasi kira-kira pukul 1 tengah hari itu mendapati, tindakan tersebut bagaimanapun berjaya digagalkan anggota JIM yang turut terjun ke dalam parit bagi menahan mereka yang terlibat.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamarudin berkata, seramai 21 PATI ditahan menerusi serbuan membabitkan empat buah premis.

“Dalam serbuan pertama di Kampung Sri Langkas, seramai lima wanita Indonesia ditahan, manakala lapan lelaki Pakistan pula diberkas di premis kedua kedai makan.

“Kita turut menahan enam lelaki Pakistan di sebuah restoran di Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Tengah,” katanya ketika ditemui selepas operasi hari ini.

Beliau berkata, serbuan terakhir dilakukan di sebuah bengkel kenderaan di Taman Perindustrian Puchong Utama yang membawa kepada penahanan dua lelaki Myanmar.

Katanya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan salah guna pas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI