PETALING JAYA – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 1.25 tengah hari, semalam.
“Mangsa, Nurul Alia Izzati Arif dilihat kali terakhir semasa berada di parkir pusat beli-belah IOI Damansara, Persiaran Surian, Kota Damansara sekitar pukul 5.20 petang pada 31 Mei lalu.
“Mangsa mempunyai ketinggian sekitar 1.45 meter dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE