fbpx

Haram jual kepala, kaki lembu korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian korban mestilah dimakan, diagihkan dan dihadiahkan kepada orang miskin atau peserta korban sendiri. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Haram sekiranya mana-mana individu menjual semula bahagian daging korban terutama kepala lembu dengan alasan tiada siapa yang menggemarinya dan hasil jualan tersebut digunakan untuk kos pengurusan masjid.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd Sukki Othman berkata, menjual semula kepala lembu atau mana-mana bahagian korban adalah tidak dibenarkan dalam syariat kerana mencemari maksud ibadah dan niat korban itu sendiri.

Menurutnya, apabila sesuatu binatang telah diniatkan untuk ibadah korban maka setiap bahagiannya adalah untuk Allah dan tidak boleh dijadikan bahan keuntungan.

“Bahagian korban mestilah dimakan, diagihkan dan dihadiahkan kepada orang miskin atau peserta korban sendiri. Ia (da­ging korban) itu tidak boleh di­niagakan.

“Jika terlalu banyak, boleh dijamu pada majlis kenduri korban atau jika hendak upah tukang sembelih, guna wang dari sumber lain bukan dari daging atau mana-mana bahagian binatang korban.

“Haram jika menjual mana-mana bahagian binatang korban sama ada kepala, kaki, kulit, tulang, daging, tanduk dan organ dalaman,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan individu termasuk ahli jawatankuasa masjid yang menawarkan jualan kepala lembu dan bahagian-bahagian tertentu.

“Ulama menyatakan, jual beli daging korban (atau mana-mana bahagiannya) menggugurkan tujuan ibadah, kerana ia telah di­serahkan kepada Allah secara niat dan amal.

“Kadang-kadang orang kampung atau AJK hendak jual kepala lembu sebab tiada siapa yang mahu ambil dan guna duit itu untuk kos pengurusan. Namun, niat baik tidak menghalalkan perbuatan yang melanggar hukum asal ibadah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI