fbpx
PIBG Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) berharap insiden kebakaran di Sekolah Berasrama Penuh tidak lagi berulang.

Blok terbakar: PIBG KUSESS gesa semak semula keselamatan SBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Insiden kebakaran yang mengejutkan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASAS) di sini, kelmarin mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS), Mohd. Nazri Md. Akim menyeru penilaian menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan infrastruktur semua SBP di Malaysia.

Menurutnya, walaupun kebakaran itu tidak berlaku di KUSESS, kesannya tetap dirasai oleh komuniti SBP lain, termasuk ibu bapa dan pelajar.

“Kami daripada PIBG KUSESS ingin menyampaikan ucapan takziah dan sokongan moral kepada seluruh warga sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Nazri juga menyuarakan kebimbangan tentang keadaan fizikal dan keselamatan infrastruktur SBP yang sebahagiannya telah berusia lebih dua dekad, bahkan ada yang menghampiri 100 tahun.

Katanya, antara isu yang dibangkitkan termasuk sistem pendawaian usang, paip berkarat, penggunaan bahan pembinaan lama seperti asbestos, dan struktur bangunan yang mudah terdedah kepada kerosakan tersembunyi.

“Walaupun penyelenggaraan dilakukan setiap tahun, realiti ‘wear and tear’ tetap berlaku. Banyak kerosakan tidak dapat dikenal pasti secara mata kasar dan memerlukan penilaian teknikal menyeluruh,” jelasnya.

Beliau berkata, pelajar SBP yang tinggal 24 jam sehari di sekolah menjadikan isu keselamatan infrastruktur sebagai perkara yang sangat kritikal dan tidak boleh dipandang ringan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI