fbpx

5 ditahan gaduh lepas perlawanan Malaysia-Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, penahanan ke atas suspek dibuat di kawasan tempat letak kereta B SNBJ, di sini, kira-kira pukul 11.50 malam.

“Kesemua suspek direman selama sehari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi hotline polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular sebuah klip video memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak terlibat pergaduhan selepas perlawanan Malaysia menentang Vietnam di pekarangan SNBJ, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI