fbpx

4 individu kurung lelaki Indonesia selama setahun direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seramai empat individu ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes mengurung tiga lelaki Indonesia di sebuah rumah di Jalan Dr. Wu Lien Teh di sini.

Penahanan reman ke atas kesemua suspek berusia 40-an itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek diberkas semalam selepas polis menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang lelaki warga Indonesia sejak setahun lalu daripada saudaranya.

Kesemua mangsa dikatakan dikurung dalam sebuah rumah sejak setahun lalu dalam keadaan menyayat hati termasuk kaki dirantai dengan besi.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI