PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai penghantar makanan berdepan detik melucukan apabila terpaksa berkongsi lif dengan seekor anjing peliharaan ketika menghantar pesanan ke sebuah unit kediaman di Singapura.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Hrtiles, lelaki itu dilihat sedang menunggu lif sebelum seekor anjing tiba-tiba meluru masuk sebaik sahaja pintu lif berkenaan terbuka.
“Kau tingkat berapa? Aku nak pergi tingkat 14,” katanya dalam video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi itu dan meninggalkan pelbagai komen lucu pada video berkenaan.
“Kenapa dia macam segan abang, hahaha,” komen Kylohan.
“Sekurang-kurangnya dia teman kau abang, selamat sikit,” kata Yunhoney.
“Dia nak teman buat penghantaran tu adik,” ujar Eryn.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 60,400 tanda suka, 1,031 komen dan 26,800 perkongsian. -KOSMO! ONLINE