PETALING JAYA – Disebabkan rupanya yang unik, pavlova yang dihasilkan seorang gadis disangka kain buruk.
Pengguna akaun TikTok @Faradelicacies ysng juga pencipta kandungan sering berkongsi pengalamannya membuat kek dan pastri.
Menerusi satu hantaran yang dibuat, dia berkongsi pengalaman ditugaskan untuk membuat pavlova dengan konsep ‘rustic’ di sebuah majlis perkahwinan.
Dalam hantaran itu, seorang lelaki menyatakan rasa hairannya dengan rupa manisan tersebut sehingga disalah anggap sebagai kain buruk.
“Sekali pandang ingat macam kain berponjot gitu, yang tulah koi (aku) tanya dia tadi apa benda ni, dia kabo (beritahu) kek, koi ingat kain buruk,” kata lelaki tersebut.
“Jangan gitu, malu koi,” balas gadis tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai jenis reaksi.
“Makanan kan? Apa yang nak samakan dengan kain buruk?” tegur @Littlemedead.
“Ramainya komen terpaling pavlova,” ujar @Wannsrahim95
“Melampaunya kain buruk, tak tahu kewujudan pavlova kot,” kata @Rotinanfeng – KOSMO! ONLINE
@faralidelicacies set up with me! 20” pavlova wedding cake edition — asmr style 🥰 #fyp #desserttemerloh #caketemerloh #temerlohpahang #weddingcake #decorwithme ♬ original sound – faralidelicacies