PETALING JAYA – Niat seorang lelaki untuk merakam momen manis menaiki Transit Aliran Massa (MRT) bersama keluarga buat pertama kali bertukar cemas apabila dia dan anaknya tidak berjaya menaiki tren berkenaan kerana pintunya tertutup.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Azriladha2, menyaksikan isterinya yang menolak kereta sorong bayi berjaya masuk ke dalam tren sementara dirinya yang ketika itu sedang merakam momen itu gagal berbuat demikian.
Dalam video lain, isterinya kelihatan gelabah sambil menghubungi suaminya yang tertinggal bersama anak mereka di stesen sebelum ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi panik wanita berkenaan dan berkongsi pengalaman masing-masing ketika menaiki pengangkutan awam.
“Saya selalu pesan jangan risau kalau sesat, tak akan sampai Amerika Syarikat pun,” seloroh Zaf.
“Adoi, lawaklah sis kelam kabut ye.. suami tertinggal tak apa sis jangan anak,” komen Bunga Orkid.
“Apa yang dia pening sangat kalau sesat pun masih dalam KL,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@azriladha2 Excited kwn buat video satu family nk naik train, last kne tinggal 😂 @mariayusri23 @Rais Iskandar @Mariatul Akma Md Yus #pov #fyp ♬ bunyi asal – AzrilAdha2