fbpx

Umum bersara gagal sepak penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA gagal menyudahkan sepakan penalti sekali gus menjadi punca kekalahan Sepanyol kepada Portugal awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Kapten Sepanyol, Alvaro Morata memberi bayangan untuk bersara selepas menjadi punca kekalahan pasukannya apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi final Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Allianz Arena itu, skuad La Roja meraih dua gol hasil penyudah Martin Zubimendi dan Mikel Oyarzabal, manakala Nuno Mendes serta Cristiano Ronaldo meledak jaringan buat Portugal untuk mengikat 2-2 selepas tempoh 120 minit.

Namun, Morata menjadi pemain tunggal yang gagal melunaskan sepakan penalti yang menyaksikan juara Euro 2024 itu terpaksa akur tewas 3-5 apabila rembatannya diselamatkan penjaga gol Portugal, Diogo Costa.

Penyerang Galatasaray di Turkiye itu mengakui tidak akan kembali bersama Sepanyol untuk aksi antarabangsa seterusnya iaitu kelayakan Piala Dunia 2026 pada September depan.

“Saya tidak pasti, mungkin bersara daripada skuad kebangsaan kerana tidak akan kembali pada September depan. Mengenai sepakan penalti, tiada apa yang boleh saya ubah tetapi saya sepatutnya membuat rembatan yang lebih tepat,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente enggan menyalahkan Morata, sebaliknya merasakan barisan pemainnya tidak bernasib baik apabila mendapat tentangan sengit daripada Portugal sepanjang perlawanan.

“Setiap kali kami menjaringkan gol, Portugal berjaya bangkit menyamakan kedudukan dengan pantas dan situasi itu menyukarkan pasukan.

“Mengenai Morata, dia sudah memikul tanggungjawab yang besar tetapi penjaga gol berjaya menyelamatkan rembatannya,” kata Fuente. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI