fbpx

Tiga rakan dipenjara 7 bulan curi beg YSL, Coach

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Tiga rakan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beg tangan berjenama dan mata wang asing pada April lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh, Muhammad Nurfirdaus Abdullah, 29, Mohd. Khiri Azzam Amir , 29, dan Muhamad Mualyzi Mohd. Hsaad, 29, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 22 April 2025 dan kesemua barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencuri barangan milikan seorang lelaki iaitu dua buah beg tangan jenama YSL dan Coach serta wang tunai mata wang asing 80 dolar Singapura (RM263.32), 1,500 Riyal Arab Saudi (RM1,695).

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur’Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI