fbpx

Tiada mangsa lain tampil, siasatan kes ‘gangguan’ selebriti diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada laporan tambahan diterima daripada mangsa lain berhubung siasatan kes amang seksual melibatkan seorang selebriti lelaki tanah air.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan masih berjalan dan dokumen berkaitan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Setakat ini, hanya satu laporan diterima dan tiada individu lain tampil membuat aduan berkaitan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrulnizam berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas lanjut daripada TPR mengenai tindakan susulan terhadap kes tersebut.

Terdahulu, seorang artis dikatakan telah ditahan polis kerana disyaki melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Difahamkan, mangsa mula mengenali selebriti berkenaan tiga bulan lalu semasa bekerja di sebuah kafe, sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat dan beberapa pertemuan diatur.

Dalam pada itu, menurut kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, suspek dipercayai membawa mangsa ke hotel tersebut sebelum didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja terbabit.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI