fbpx

Tiada isu, pemain warisan Harimau Malaya sedia ‘gegar’ Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodrigo Holgado antara penyerang sandaran Harimau Malaya pada aksi kali ini. - Foto ihsan Malaysia NT

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiada isu berbangkit melibatkan proses pertukaran negara semua pemain warisan ‘gred A’ Harimau Malaya dan bebas untuk diturunkan pada aksi bertemu Vietnam malam ini.

FAM dalam satu kenyataan mengesahkan kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah diterima dan semua pemain tersebut dijangka menguatkan skuad kendalian Peter Cklamovski kali ini.

“Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada perlawanan kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 malam ini,” kata kenyataan tersebut.

Joao Figueiredo telah bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. – Foto ihsan Malaysia NT

Berita tersebut memberi khabar gembira buat peminat bola sepak tanah air selepas hampir 45,629 tiket sudah terjual setakat tengah hari ini.

Menerusi perkongsian terkini oleh FAM di laman Facebook badan induk itu setakat jam 10.30 pagi, tiket aksi Kelayakan Piala Asia 2027 itu masih boleh diperolehi peminat tempatan.

“Skuad Harimau Malaya memerlukan kehadiran dan sokongan anda untuk sorakan lebih padu berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 9:00 malam ini!,” kata kenyataan FAM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI