fbpx

Tangguh dulu projek bersifat mewah – Nik Abduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh (gambar kecil).

PETALING JAYA – Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendesak agar naik taraf dan tambah baik yang lebih menyeluruh ke atas Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik) perlu dilakukan segera.

Kata beliau, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tangguhkan dulu projek-projek yang lebih bersifat memewahkan lagi kawasan-kawasan yang telah sedia maju dan cukup kemudahannya.

“Bukan baru dan bukan sedikit Ahli Parlimen yang telah membangkitkannya di Parlimen. Lama dan ramai.

“Laporan menunjukkan bahawa 70 peratus laluannya adalah berisiko. Saya fikir sudah tiba masanya kerajaan menamatkan penantian lama ini demi nyawa, keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Jadikannya seperti laluan Karak-Gombak atau lebih baik,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan nahas yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Tragedi tersebut turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang MPV jenis Perodua Alza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI