fbpx

Sistem kewangan Islam perlu selari dengan maqasid syariah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaian ucaptama pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE) di ibu negara, hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR – Sistem kewangan Islam bukan sekadar membebaskan sistem kewangan daripada riba, tetapi juga memastikan ia selari dengan maqasid syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mencapai maksud tersebut, sistem kewangan Islam perlu dinilai semula secara menyeluruh.

Kata beliau, ia termasuk memperkukuh aspek tadbir urus dan dasar makroekonomi yang jelas bagi memastikan ia benar-benar menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Benar, kita sudah capai kejayaan asas di peringkat awal, tetapi sudah tiba masa kita menilai semula premis utama dalam kewangan Islam.

“Bukan sekadar membebaskan sistem daripada riba, tetapi juga memastikan selari dengan maqasid syariah, keadilan, pemampanan dan nilai kemanusiaan,” katanya pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE) di ibu negara, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kewangan Islam tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa tadbir urus yang betul dan dasar ekonomi yang jelas serta telus.

Menurut beliau, tanpa tadbir urus yang betul dan dasar ekonomi yang jelas serta telus juga akan gagal menarik pelaburan domestik dan asing secara mampan.

Ujar beliau, antara kekurangan ketara dalam kajian dan pelaksanaan kewangan Islam adalah kegagalan memberi perhatian kepada tadbir urus yang baik dan dasar makroekonomi yang menyokong pertumbuhan serta pembangunan mampan.

Justeru, katanya, teras utama dalam gagasan Madani bermula dengan kemampanan keraja kemampanan menuntut kejelasan dalam dasar dan tadbir urus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI