fbpx

Sinner tewas bermaruah final terpanjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINNER menunjukkan reaksi kecewa selepas mengharungi aksi final Roland Garros berlarutan selama lima jam 29 minit. - AFP

PARIS – Jannik Sinner terpaksa akur selaku naib juara Terbuka Perancis 2025 selepas tewas dalam pertarungan lima set kepada Carlos Alcaraz pada aksi final yang menjadi perlawanan terpanjang dalam kariernya.

Pemain No. 2 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi meskipun berdepan tekanan fizikal dan mental, selain persoalan tentang tahap kecergasannya susulan kembalinya daripada penggantungan selama tiga bulan awal musim ini.

Meskipun tewas, Sinner menegaskan dia dan pasukannya sudah memberikan segalanya dalam kemunculan semula ke pentas Grand Slam.

“Kami dah cuba sebaik mungkin. Kami dah beri segalanya hari ini. Beberapa bulan lalu, kami hanya mampu bayangkan untuk berada di sini, jadi ini tetap kejohanan luar biasa,” katanya.

Sinner tidak beraksi dalam sebarang kejohanan selama hampir tiga bulan selepas bersetuju dengan hukuman penggantungan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), namun masih layak beraksi di Roland Garros kerana hukuman berakhir sebelum musim Grand Slam bersambung.

Kembali ke gelanggang utama, bintang Itali itu tidak tewas satu set pun dalam enam perlawanan pertama, malah hanya dipatahkan servis sebanyak tiga kali sebelum final iaitu pencapaian terbaik sejak era Rafael Nadal pada 2012.

Namun, servis Sinner goyah sebaik perlawanan bermula apabila Alcaraz mula memberi tekanan dari set pertama yang berlangsung selama 12 minit.

Alcaraz mematahkan servis Sinner sebanyak tujuh kali, termasuk dalam tie break set penentuan, ketika dia mengambil alih kawalan secara agresif ke atas Sinner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI