fbpx

‘Saya mahu kurus tapi suami tak izin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALMY menangguhkan hasrat menurunkan berat badan kerana tidak mendapat keizinan suaminya yang juga pelakon Fizz Fairuz.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Almy Nadia mengakui menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan namun terpaksa memendam niat tersebut kerana belum mendapat keizinan daripada suaminya, Datuk Fizz Fairuz.

Ujar Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 40, pasangan hidupnya itu tidak bersetuju andai dirinya menjadi terlalu kurus kerana disifatkan tidak cantik dimatanya.

“Suami saya ini kadang-kadang bongok juga. Dia cakap, ‘Ma janganlah kurus sangat, nanti tak sedap peluk.

“Macam itulah dia. Dia marah kalau saya nak kurus. Katanya kalau dah sekeping, saya dah tak lawa.

“Saya pula asyik merayu, ‘Tolong la pa, saya nak berubah jadi kurus’,” katanya dalam TikTok.

Tambah pelakon drama Janji Jaskina itu, selain suami tidak memberi keizinan, faktor penyusuan anak turut menjadi antara halangan untuknya kembali langsing buat masa ini.

“Dia cakap boleh nak kurus tapi sabar bagi anak-anak besar dulu. Sekarang anak masih menyusu lagi.

“Macam saya ni, bila anak menyusu, memang akan gemuk. Sebab saya makan banyak,” ujarnya.

Perkongsian bersahaja itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan keletah pasangan suami isteri berkenaan.

“Suami sporting dan jujur. Bukan semua lelaki suka isteri terlalu kurus dan terlalu berisi. Awak beruntung Almy,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Comel je Fizz Fairuz sayang isteri tak kurus. Bukti cinta tak bersyarat,” komen netizen lain.

Untuk rekod, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Mereka dikurniakan lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan Nur Afrina Alisya.

Pasangan tersebut juga turut mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah, kini berusia 16 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI