fbpx

Pemandu bas ada 13 rekod kesalahan pandu laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik dekat Tasik Banding, Gerik Isnin lalu.

KUANTAN – Pemandu bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit nahas di Gerik, Perak awal pagi semalam sehingga mengorbankan 15 mangsa mempunyai sebanyak 18 saman lalu lintas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, saman paling banyak direkodkan adalah pandu laju iaitu sebanyak 13 kesalahan.

“Selain itu saman lain adalah masing-masing satu kesalahan kemalangan dan tiada lampu brek ketiga serta tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Kesemua 18 saman itu masih belum diselesaikan lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd Yusri, siasatan turut mendapati bas yang terlibat dalam nahas tersebut mempunyai sebanyak 21 saman trafik.

Semalam Kosmo! Online melaporkan seramai 15 pelajar UPSI maut apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan dan melanggar kenderaan pelbagai guna Perodua Alza sebelum terbalik di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding.

Kejadian pada pukul 12.45 tengah malam itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu membawa 42 pelajar pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak selepas cuti Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI