fbpx

Ada pegawai AADK lepas penagih dadah di Labu – EAIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Beberapa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan didapati melakukan kesalahan melepaskan beberapa individu yang positif dadah dalam serbuan pada 8 Mac 2023.

Perkara itu didedahkan hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selepas pihaknya menerima aduan berhubung kesalahan itu semasa operasi dijalankan di Kampung Felda LBJ, Labu, Negeri Sembilan.

EAIC berkata, terdapat keterangan menunjukkan beberapa individu yang positif dadah telah dilepaskan dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan.

“Beberapa pegawai AADK didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) AADK semasa melaksanakan operasi tersebut.

“Siasatan ini dijalankan hasil aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk dapatan perlakuan jenayah kepada Pendakwa Raya mengikut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.

Ini termasuk merujuk dapatan berkaitan kesalahan pegawai AADK terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor hukuman tatatertib menurut subperenggan 30(1)(b) Akta 700. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI