fbpx

Nahas UPSI: Sultan Mizan, Sultanah Zahirah zahir takziah kepada keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Raja, Datuk Mohd. Sophian Abu Bakar berkata, baginda berdua menzahirkan perasaan sedih yang amat mendalam ke atas tragedi menimpa kesemua pelajar berasal dari Terengganu tersebut.

“Baginda berdua mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam waktu yang sukar ini.

“Semoga roh arwah-arwah dihimpunkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sophian berkata, Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut mendoakan agar mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan urusan.

Kesemua mangsa tersebut maut dalam nahas melibatkan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada pukul 1 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI