fbpx

Nahas UPSI: Semua 15 jenazah mangsa selesai dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Nurul Fatihah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Duek, Hulu Besut hari ini.

BESUT – Jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, yang merupakan salah seorang 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, Hulu Besut dekat sini, pagi tadi.

Upacara pengebumian pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu selesai pada pukul 10.30 pagi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Jenazah Nurul Fatihah merupakan terakhir dikebumikan dengan 14 mangsa lain yang terlibat selamat disemadikan di kampung halaman masing-masing sekitar daerah ini dan Setiu bermula pukul 4 pagi tadi.

Kesemua mangsa meninggal dunia selepas bas persiaran dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada pukul 1 pagi semalam.

Sewaktu kejadian, mereka antara 42 pelajar UPSI berasal sekitar daerah ini dan Setiu dalam perjalanan pulang ke kampus universiti tersebut setelah bercuti Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI