fbpx

Nahas UPSI: ‘Saya minta maaf, bukan marah tapi beri peringatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pemandu bas yang masih menerima rawatan di Hospital Taiping hari ini. FOTO IHSAN MANGSA

KOTA BHARU – Pemandu bas yang terbabit nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak semalam menjelaskan dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan itu gagal berfungsi.

Lelaki berusia 39 tahun itu berkata, dia bukannya marah dengan situasi yang berlaku sebaliknya bertindak demikian kerana mahu menyedarkan penumpang yang sedang nyenyak tidur.

“Saya sebenarnya bukan marah, tetapi menjerit ‘brek’ untuk memberi peringatan kepada penumpang yang kebanyakannya sedang tidur dalam bas.

“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

“Saya sudah cuba untuk menyelamatkan keadaan, tetapi brek sudah ‘kosong’ dan tidak berfungsi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, mangsa, Farhana Ab Aziz, 23, yang terselamat dalam kejadian itu mendakwa, sebelum kejadian, dia terdengar bunyi bising dari arah tempat pemandu sebelum melihat lelaki tersebut seperti sedang marah.

Dakwanya, beberapa penumpang yang masih berjaga turut menjenguk bagi melihat kejadian yang berlaku sebelum bas tersebut bergerak keadaan terhuyung-hayang, terbabas dan terbalik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI