fbpx

Nahas UPSI: Sampel darah pemandu bas diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi insiden yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 JRTB dekat Gerik, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis sudah mengambil sampel darah pemandu bas yang terlibat kemalangan tragis meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, ujian akan dilakukan bagi mengesan sama ada lelaki berusia 39 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah ketika kemalangan berlaku.

“Sampel darah itu telah diambil semalam di Hospital Gerik dan dihantar ke Jabatan Kimia di Ipoh untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pemandu bas persiaran dan pemandu kedua berusia 53 tahun kini dirawat di Hospital Taiping dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, kedua-dua lelaki itu kini menjalani prosedur rawatan mengikut kecederaan yang dialami.

“Kita telah mengambil keterangan pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza berusia 37 tahun semalam. Buat masa ini, isteri dan dua anaknya masih menerima rawatan di Hospital Baling,” katanya.

Terdahulu, Noor Hisam dilaporkan berkata, rakaman percakapan pemandu bas tersebut belum diambil ekoran masih mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dijalankan selepas dia dibenarkan keluar dari hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI