fbpx

Nahas UPSI: Reman pemandu bas dibuat selepas discaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas dinaiki pelajar UPSI yang terlibat kemalangan maut di JRTB dekat Tasik Banding, Gerik semalam. - Foto FADZIL ZAINOL

IPOH – Permohonan reman terhadap pemandu bas yang terlibat nahas meragut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik semalam akan dilakukan selepas lelaki itu dibenarkan keluar hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, setakat ini pemandu tersebut masih dirawat di Hospital Taiping ekoran kecederaan yang dialaminya.

“Lelaki itu masih mendapatkan rawatan di hospital. Kita tunggu dia (pemandu bas) discaj dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik semalam, Noor Hisam memberitahu, rakaman percakapan lelaki berusia 39 tahun itu belum diambil ekoran masih menerima rawatan di hospital.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Jeli-Gerik semalam, seramai 15 pelajar UPSI termasuk 10 perempuan maut selepas bas yang dinaiki terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza turut cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI