fbpx

Nahas UPSI: Mangsa dirawat di ICU dapat bantuan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika ditemui pemberita pada Seminar Wanita 2025 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan kewangan itu akan disampaikan timbalannya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melibatkan dua mangsa yang dirawat di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan lapan mangsa di ICU Hospital Taiping.

“Hari ini Timbalan Menteri akan melawat pelajar (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang kini dirawat di ICU. Beliau akan melawat 10 pelajar dan setiap seorang akan menerima bantuan RM1,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita 2025 ‘EmpowerHER: Engage, Energize, Elevate’ di KPWKM hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada KPWKM akan turut menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga mangsa yang terlibat, Nancy memaklumkan bahawa pihaknya akan menyelaraskan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, buat masa ini keluarga mangsa memerlukan masa untuk menguruskan hal-hal berkaitan selain masih bersedih dan memerlukan ruang untuk bertenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI