fbpx

Nahas UPSI: JKR akan pasang 385 lampu solar di JRTB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas dinaiki pelajar UPSI yang terlibat kemalangan maut di JRTB dekat Tasik Banding, Gerik semalam. - Foto FADZIL ZAINOL

IPOH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akan memasang 385 lampu jalan jenis solar di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik.

Pengarah JKR Perak, Ir. Zamri Mat Kasim berkata, pemasangan lampu jalan jenis solar itu termasuk di lokasi kemalangan membabitkan bas dinaiki 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah Proton Alza semalam.

“Tender telah pun ditutup dan dijangka dianugerahkan (kepada kontraktok) untuk pemasangan dalam bulan Julai.

“Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Pada masa sama, Zamri berkata, pasukan forensik Cawangan Jalan dari Ibu Pejabat JKR kini berada di lokasi kejadian untuk membuat kajian dan laporan.

“Pemantauan terkini di tapak permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang (pot holes). Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, keadaan gelap bukanlah punca kemalangan di lokasi tersebut sebaliknya adalah kelajuan yang tidak munasabah bas terlibat insiden itu sebagaimana dilaporkan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI