fbpx

Nahas UPSI: Ibu, terus kuat – Pesanan terakhir Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslinan menunjukkan ucapan ulang tahun kelahirannya yang dititip arwah anaknya, Muhammad Adib Hazim menerusi aplikasi WhatsApp di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Gajah, Hulu Besut hari ini.

BESUT – Hati ibu mana tidak luluh apabila kehilangan anak kesayangan selepas dua hari menyambut ulang tahun ke-55.

Tambah memilukan Ruslinan Abd. Razak, 55, anak lelakinya, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, sempat menitipkan kata-kata bermakna menerusi aplikasi WhatsApp sempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada Sabtu lalu.

“Adib menitip ucapan, ‘Istimewa untuk ibu, terus kuat’ yang amat mengharukan saya.

“Pada mulanya saya pelik kenapa arwah mengungkap ucapan begitu sempena ulang tahun kelahiran saya, rupanya ia petanda pemergiannya buat selamanya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah, Hulu Besut di sini hari ini.

Terdahulu jenazah Muhammad Adib Hazim yang merupakan salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak selamat disemadikan di tanah perkuburan tersebut pada pukul 12.30 tengah malam.

Van yang membawa jenazah pelajar tersebut dari Unit Forensik Hospital Gerik terawal tiba di Jerteh di sini pada pukul 10.45 malam.

Ruslinan berkata, biarpun sedih, dia tetap bersyukur perjalanan terakhir anak keenamnya daripada tujuh beradik termasuk solat jenazah di Masjid Hadhari, Jerteh di sini berjalan lancar.

Dia berkata, raut wajah jenazah Muhammad Adib Hazim seperti sedang tidur sahaja dengan sedikit kesan luka ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI