fbpx

‘Minta sabar, KPM akan urus permohonan tukar guru duka lara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha menangani isu duka lara guru yang berdepan kesukaran memohon pertukaran walaupun telah berkhidmat selama dua tahun.

Menterinya, Fadhlina Sidek walau bagaimanapun berkata, ia perlu diteliti menerusi pelbagai aspek supaya tidak menjejaskan ekosistem pendidikan di sesebuah lokasi.

“Apabila perkara ini (pertukaran selepas dua tahun berkhidmat) diumumkan, ia terbit daripada rasa empati dan juga keprihatinan kita yang tinggi terhadap isu-isu yang berlaku.

“Sebelum ini kita tetapkan tempoh minimum tiga tahun, jadi kita kurangkan tempoh itu kepada dua tahun tanpa apa-apa syarat tambahan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu permohonan pertukaran guru yang sukar untuk ditangani sepenuhnya.

Ini ekoran berlaku ketidakseimbangan dengan permohonan pertukaran membabitkan beberapa negeri jauh lebih tinggi berbanding kekosongan semasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut memberi perhatian berhubung isu-isu yang dibangkitkan berkaitan guru yang berjauhan dari keluarga.

“Ini memang menjadi keutamaan kita bagi proses di samping alasan-alasan lain termasuklah isu kesihatan dan keselamatan.

“Jadi kita minta cikgu-cikgu bersabar dan kita akan uruskan permohonan pertukaran dengan sebaiknya, Insya Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI