fbpx

Malaysian Tigress tak boleh ‘lambat panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASIHIN (tengah) pada sidang akhbar pengumuman skuad wanita ke Piala Negara-Negara 2 FIH di Stadium Hoki Nasional semalam. - SADDAM YUSOFF

SKUAD hoki wanita negara diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan lama apabila membuka kempen Piala Negara-Negara 2 FIH menentang tuan rumah, Poland di Walcz pada 16 Jun ini.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim menegaskan, Malaysian Tigress mesti memulakan perlawanan dengan lebih tangkas jika mahu memberi saingan kepada pasukan Eropah yang terkenal dengan disiplin taktikal tinggi.

“Kita tak boleh lagi mula perlahan dan habis kuat. Kena mula kuat dari awal sebab itu kita atur beberapa perlawanan persahabatan termasuk bertemu Republik Czech pada 13 Jun ini,” katanya selepas pengumuman skuad di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Nasihin turut mengakui kelewatan menghidupkan tempo permainan menjadi punca kegagalan dalam siri persahabatan menentang kelab China, Liaoning bulan lalu.

“Ketika di China, kita tak dapat bawa semua pemain utama. Permainan banyak kesilapan dan perlahan. Kita hanya menang satu perlawanan, itu pun yang terakhir selepas permulaan yang mengecewakan,” jelasnya.

Justeru, fokus utama kini membina struktur pasukan lebih kemas dan pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan pantas di tengah padang.

“Kita akan lawan pasukan yang sangat berstruktur dan berdisiplin. Jadi pemain mesti cepat adaptasi, struktur pasukan juga kena mantap,” katanya.

Kehadiran bekas kapten, Noor Hasliza Md. Ali memperkuatkan bahagian pertahanan Malaysian Tigress sekali gus menyalurkan pengalaman luasnya dalam skuad yang dibarisi ramai pemain muda.

“Kemasukan semula Hasliza beri impak besar. Dia bawa pengalaman dan seimbangkan barisan pertahanan. Walaupun belum pulih sepenuhnya, kehadiran dia tetap penting,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI